Hai semua, selamat berkenalan. Nama saya, Hurun’Iin Abdul Malik. Atau lebih mesra dengan panggilan Ain. Tetapi sebab student-student kelas baking selalu panggil ticer..ticer jadi lekatlah gelaran Ticer Ain pula. Namun Ain ni bukanlah seorang guru, atau chef, tetapi seperti kebanyakan anda juga Ain hanya seorang isteri, surirumah dan ibu kepada 3 orang anak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang memasak dan baking.
Sebenarnya, Ain memang gemar memasak sejak dari remaja lagi, tetapi, di zaman bujang Ain jarang dapat peluang untuk masak sebab selalu mak yang akan memasak untuk keluarga.
Jadi, hanya setelah Ain berkahwin dan tinggal di rumah sendiri baru Ain dapat peluang belajar untuk memasak. Semuanya dipelajari sendiri di televisyen dan internet selain daripada resepi yang Ain tengok dari masakan mak dan mak mertua.
Di dapur rumah kami lah di mana Ain mencuba masak pelbagai jenis masakan melayu dan barat. Hampir setiap hari Ain akan sediakan menu yang berbeza dan jarang sekali menu itu berulang.
Tapi, kebanyakan masa Ain hanya akan masak menu ‘savory’ yang berat sahaja berasaskan lauk-pauk dan masakan utama. Ain memang tak pandai dan jarang sekali cuba untuk buat hidangan jenis kek-kek sebab takut tak menjadi.
Sehinggalah apabila Ain diajak untuk join kelas hands-on membuat kek. Ain pada mulanya macam tak berminat tapi kemudiannya, rasa macam nak cuba pula sebab Ain tak pandai buat jadi memang patut Ain belajar dari yang pakar.
Salah satu pencuci mulut yang diajar adalah buat Fudgy Brownies standard yang berbentuk empat segi. Di situlah timbul keyakinan Ain untuk baking. Dalam beberapa resepi yang Ain pelajari, memang resepi brownies lah yang paling mudah untuk disediakan. Jadi kalau ada apa-apa event Ain akan buat brownies saja lagipun dessert berasaskan coklat ni sering mendapat permintaan.
Namun, masalah mula timbul bila dah lepas kelas hands-on tu Ain mula hilang arah sebab kedut brownies Ain makin tak jadi, makin tak kedut pula. Tapi Ain dah takde tempat nak refer lagi sebab kelas habis di situ saja. Semasa kelas pun Ain tak sempat nak ambil video satu-satu step jadi ain terpaksa ‘recall’ balik step-step apa silapnya yang Ain dah buat.
Last-last Ain kena research balik, google resepi brownies. Dari segi rasa tu takde masalah sangat tapi dari segi rupa tu, sebab kalau sebut brownies memang terkenal dengan kedut dan kilatnya. Jadi Ain mula r&d semula, eksperimen teknik-teknik semata-mata untuk dapatkan kedut pada brownies tu.
Sampailah Ain jumpa teknik yang betul untuk buat brownies yang sentiasa berkedut tanpa gagal dengan tips rahsia yang Ain gunakan. Bila dah tahu teknik, walaupun kita buat brownies jenis loyang, jenis bites atau cookies kita takkan ada masalah nak dapatkan kilat tu.
Jadi disebabkan pengalaman Ain sendiri yang apabila join kelas 1 hari, bila habis kelas, ia akan habis di situ. Jadi Ain decide selain bagi resepi, Ain nak rakam setiap step dan buat video tutorial, dengan bagi tips-tips sekali. Sebab itu yang akan buat kita masih terbimbing dan boleh kembali rujuk setiap kali ada masalah. Takde lah kita ‘lost’. Ain pun decide untuk bagi bimbingan sebab Ain faham walaupun peserta dah study semua, mungkin masa tengah nak buat tu, ada masalah-masalah yang timbul jadi anda boleh tanya kepada tenaga pengajar untuk elak anda buat silap atau boleh betulkan kesilapan anda.
Ain juga faham kita perlukan circle yang betul, perlu dikelilingi oleh orang yang punyai minat yang sama dengan kita jadi boleh la berkongsi idea dan dapat support sebab tu Ain juga akan masukkan anda ke dalam support group di mana rata-rata adalah baker yang buat brownies juga.
Ain harapkan dengan semua bantuan yang kami sediakan ini anda dapat berjaya hasilkan brownies yang bukan saja berkedut, berkilat dan cantik tetapi juga sedap untuk dihidangkan keluarga, kawan-kawan dan pelanggan anda.