# JOMBAKING

kuasai teknik rahsia brownies kedut

Resepi Sedap

Step Mudah

Senang Buat

Adakah anda sedang alami masalah seperti ini?

KELIRU BANYAK RESEPI INTERNET

Dengan terlalu banyak resepi di internet sukar untuk pilih resepi brownies mana yang betul-betul sedap dan menjadi dengan teknik yang betul.

SUSAH NAK AGAK SUKATAN BAHAN

Tak pandai nak agak-agak sukatan bahan yang nak dimasukkan dalam brownies tu, kalau campak-campak je selalunya tak menjadi.

KEKANGAN MASA UNTUK BELAJAR

Nak pergi kelas belajar baking kekangan masa pula, kalau boleh nak belajar dari rumah je ikut masa sendiri waktu anak di sekolah atau lepas anak-anak dah masuk tidur.

BROWNIES MENDAP/ BANTAT

Walaupun rasa dah lama bakar, nampak macam dah naik elok dah, tapi bila keluarkan brownies dari oven, tiba-tiba brownies mendap di tengah, tekstur pula bantat.

BROWNIE COOKIES BERLUBANG

Sabar je menanti brownie cookies depan oven, mengharapkan timbul lah kedut, sekali muncul lubang-lubang pula dah macam rupa bulan.

BROWNIES MEREKAH

Lepas bakar brownies, permukaan dah cantik dah berkedut tapi jadi merekah pula, baru nak potong dah terbelah dua.

Keunikan Kelas Brownies Ain

Kelas Baking Brownies merupakan sebuah platform kelas kemahiran pembuatan brownies/brownie cookies yang menyediakan resepi lengkap beserta video tutorial bagi membantu para wanita samada yang baru habis study, suri rumah, ibu bekerjaya yang kurang kemahiran baking, mahupun seorang baker yang memang mahir buat brownies tetapi ingin menambah lagi ilmu baking untuk belajar teknik sebenar dapatkan kedut dan kilat cantik pada brownies secara santai di rumah tanpa perlu hadiri kelas atau seminar. 

Tidak seperti kelas resepi online yang lain, Kelas Baking Brownies membongkarkan resepi bisnes ticer Ain sendiri yang telah lalui pelbagai fasa r&d demi menghasilkan produk brownies terbaik sebelum dijual kepada pelanggannya. Sehingga kini, ia bukan setakat menjadi igauan pelanggan Ticer Ain tetapi telah membantu ramai lagi homebaker dan usahawan bakeri untuk mempunyai ‘killer’ produk apabila menjual brownies gunakan resepi dari kami. InsyaAllah anda juga boleh menjadi seorang baker yang hebat secara ‘instant’ selepas pelajari resepi, tips dan teknik rahsia yang Ticer Ain dedahkan sehingga mampu menghasilkan brownies yang bukan saja cantik kedutannya tetapi cukup rasa fudgy dan chewynya sehinggakan anda pun mampu menjana pendapatan sendiri!

Apa Kata Mereka tentang kelas Ain

“Assalamualaikum. Lama tak update kat sini. Alhamdulillah, hasil kelas dengan cikgu Ain. Ramai bagi feedback positif, resepi 100% ikut dalam ni. Kebanyakan bagi feedback brownie tak manis sangat, just nice rasa manis & balance dengan dark choc then tak muak even makan banyak. Tq cikgu ain dengan resepi brownie yang sedap ni. Moga makin bertambah rezeki ain sekeluarga.”

-Arnizun Ariffin

“Alhamdulillah semua ni dah bertuan untuk raya je dah hampir 250 balang. Join pjj cikgu Ain awal tahun tak silap saya, serius memang berbaloi-baloi. Dah terjual hampir seribu balang. Saya pun macam tak percaya boleh pasarkan cookies ni. Cookies sedap memang orang repeat kan.”
 
-Siti Norain

“Assalamualaikum. Selamat malam. Saya jarang-jarang post sini. Bz ckit. Alhamdulillah pkpb ni banyak permintaan bronis bite ngosek saya. Saya jual untuk agent2 juga. Dah hampir 3 tahun setia dengan resepi ticer ain. Sayang ticer ketat2. Saya doakan semua dalam ni dimurahkan rezeki ya.”

-Linie Azhar

“Alhamdulillah, terima kasih ilmu ni cikgu, dan sis ain banyak jawab soalan kita, lepas ni boleh try brownies biasa pula, kisahnya bagi makcik rasa brownies ni, sekali dia up kat fb berdesup orang order, alhamdulillah, tak sangka saya boleh buat berbox, and dapat sale sebanyak ni time pkp ni, so far dapat feedback pun okay, Dari masuk group ni suka-suka nak buat makan, last-last terus rasa semangat nak berniaga.. okay jom sambung membrownies hihi.”

-Nadhirah Fathin

“Alhamdulillah kak, ni lah sumber pendapatan kami anak beranak, husband sebelum ni fulltime grab, tapi tiada pelancong so grab pun slow. Jadi kami buat brownies ni full time dah sekarang. Delivery hari-hari, cuti sekali seminguu. Bulan 12 tahun lalu, ain hit sales 11k lagi 400 hit 12k. Haraplah bulan ni dapat lebih dari bulan lalu. Thank you teacherrr for the best brownies recipe<3 hasil brownies ni lah yang bayar rumah sewa macam kereta, belanja dapur, bagi mak ayah duit.”

-Ain Aziz

“Salam, cikgu terima kasih tak terhingga saya nak ucapkan dekat cikgu. Hari-hari ada order masuk. Ramai customer puji tak manis. 1 minggu 100 balang. Tak sia-sia saya belajar. Dari tak jadi sampai ke jadi. Saya tak tahu nak balas yang cikgu banyak layan karenah saya. Semoga cikgu sekeluarga dimurahkan rezeki.”

-Nurkhursiah

Mesti ini yang anda idam-idamkan bukan?

Kenali Ticer Ain

Hai semua, selamat berkenalan. Nama saya, Hurun’Iin Abdul Malik. Atau lebih mesra dengan panggilan Ain. Tetapi sebab student-student kelas baking selalu panggil ticer..ticer jadi lekatlah gelaran Ticer Ain pula. Namun Ain ni bukanlah seorang guru, atau chef, tetapi seperti kebanyakan anda juga Ain hanya seorang isteri, surirumah dan ibu kepada 3 orang anak yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang memasak dan baking.

Sebenarnya, Ain memang gemar memasak sejak dari remaja lagi, tetapi, di zaman bujang Ain jarang dapat peluang untuk masak sebab selalu mak yang akan memasak untuk keluarga.

Jadi, hanya setelah Ain berkahwin dan tinggal di rumah sendiri baru Ain dapat peluang belajar untuk memasak. Semuanya dipelajari sendiri di televisyen dan internet selain daripada resepi yang Ain tengok dari masakan mak dan mak mertua.

Di dapur rumah kami lah di mana Ain mencuba masak pelbagai jenis masakan melayu dan barat. Hampir setiap hari Ain akan sediakan menu yang berbeza dan jarang sekali menu itu berulang.

Tapi, kebanyakan masa Ain hanya akan masak menu ‘savory’ yang berat sahaja berasaskan lauk-pauk dan masakan utama. Ain memang tak pandai dan jarang sekali cuba untuk buat hidangan jenis kek-kek sebab takut tak menjadi.

Sehinggalah apabila Ain diajak untuk join kelas hands-on membuat kek. Ain pada mulanya macam tak berminat tapi kemudiannya, rasa macam nak cuba pula sebab Ain tak pandai buat jadi memang patut Ain belajar dari yang pakar.

Salah satu pencuci mulut yang diajar adalah buat Fudgy Brownies standard yang berbentuk empat segi. Di situlah timbul keyakinan Ain untuk baking. Dalam beberapa resepi yang Ain pelajari, memang resepi brownies lah yang paling mudah untuk disediakan. Jadi kalau ada apa-apa event Ain akan buat brownies saja lagipun dessert berasaskan coklat ni sering mendapat permintaan. 

Namun, masalah mula timbul bila dah lepas kelas hands-on tu Ain mula hilang arah sebab kedut brownies Ain makin tak jadi, makin tak kedut pula. Tapi Ain dah takde tempat nak refer lagi sebab kelas habis di situ saja. Semasa kelas pun Ain tak sempat nak ambil video satu-satu step jadi ain terpaksa ‘recall’ balik step-step apa silapnya yang Ain dah buat. 

Last-last Ain kena research balik, google resepi brownies. Dari segi rasa tu takde masalah sangat tapi dari segi rupa tu, sebab kalau sebut brownies memang terkenal dengan kedut dan kilatnya. Jadi Ain mula r&d semula, eksperimen teknik-teknik  semata-mata untuk dapatkan kedut pada brownies tu.

Sampailah Ain jumpa teknik yang betul untuk buat brownies yang sentiasa berkedut tanpa gagal dengan tips rahsia yang Ain gunakan. Bila dah tahu teknik, walaupun kita buat brownies jenis loyang, jenis bites atau cookies kita takkan ada masalah nak dapatkan kilat tu.

Jadi disebabkan pengalaman Ain sendiri yang apabila join kelas 1 hari, bila habis kelas, ia akan habis di situ. Jadi Ain decide selain bagi resepi, Ain nak rakam setiap step dan buat video tutorial, dengan bagi tips-tips sekali. Sebab itu yang akan buat kita masih terbimbing dan boleh kembali rujuk setiap kali ada masalah. Takde lah kita ‘lost’. Ain pun decide untuk bagi bimbingan sebab Ain faham walaupun peserta dah study semua, mungkin masa tengah nak buat tu, ada masalah-masalah yang timbul jadi anda boleh tanya kepada tenaga pengajar untuk elak anda buat silap atau boleh betulkan kesilapan anda.

Ain juga faham kita perlukan circle yang betul, perlu dikelilingi oleh orang yang punyai minat yang sama dengan kita jadi boleh la berkongsi idea dan dapat support sebab tu Ain juga akan masukkan anda ke dalam support group di mana rata-rata adalah baker yang buat brownies juga.

Ain harapkan dengan semua bantuan yang kami sediakan ini anda dapat berjaya hasilkan brownies yang bukan saja berkedut, berkilat dan cantik tetapi juga sedap untuk dihidangkan keluarga, kawan-kawan dan pelanggan anda.

Jadi, kelas Brownies ini sesuai untuk siapa?

Ibu Penyayang

Ibu yang suka tengok anak bertambah selera makan apabila browniesnya disukai mereka terutama sebab adanya coklat.

Isteri Solehah

Isteri yang ingin tambat hati suami dengan hasil bakingnya.

Menantu baik

Menantu yang nak ambil hati mertua dengan hidangkan kek brownies yang enak.

Ibu Mithali

Wanita yang ingin hasilkan dessert homemade untuk keluarga demi menjaga barakah kerana lebih yakin akan kebersihan dan halalan toyyiban.

Student & Graduan

Student baru habis belajar yang ingin belajar baking untuk tambah kemahiran sebelum berumah tangga.

Surirumah

Surirumah yang sedang mencari sumber pendapatan yang boleh digunakan untuk membantu suami dalam menambah baik kewangan keluarga.

Homebaker

Seorang baker yang memang biasa buat brownies tetapi suka nak tambah lagi ilmu dalam bidang baking.

Baker Amatur

Wanita yang kurang mahir baking tetapi nak jimat sebab dah terasa banyak belanja kerana kos untuk beli brownies di luar jauh lebih mahal.

Usahawan bakeri

Usahawan yang ada kedai bakeri dan ingin menambah hasil produk kedai dengan resepi brownies yang sedap.

BFF

Wanita yang nak ‘impress’ kawan-kawan dengan hasilkan dessert brownies yang cantik dan sedap apabila ada jamuan makan di rumah mahupun event di pejabat.

Pengguna Fb/Ig

Wanita yang nak ‘join in’ apabila bermedia sosial bila pandai baking ada juga benda yang boleh dibanggakan dan ada gambar hasil yang boleh dikongsi dengan kawan2 fb/ig.

Apakah manfaatnya jika anda join kelas ini?

Apakah yang anda akan dapat?

Resepi yang dicari-cari

Orang lebih suka bila ada resepi yang memang orang nak belajar daripada resepi yang tak popular. Peserta pun kalau nak buat untuk jualan lebih mudah bila anda buat dessert yang ada demand dan menjadi all-time favourite sejak sekian lama. Bukan hanya viral pada satu tempoh masa yang sekejap saja.

video step by step

Mudah untuk pelajar terutama yang baru nak belajar baking, bila ada video lebih faham bila masa nak masuk sesuatu bahan, cara nak adun, nak tuang bila boleh nampak sendiri rupa, warna dan teksturnya jadi boleh tahu jika kita ‘in the right track’.

resepi yang details

Boleh ikut satu per satu sukatan resepi yang diberi. Lebih tinggi peluang untuk kedut brownies menjadi walaupun untuk mereka yang tak ada pengalaman baking.

Harga yuran yang berpatutan

Dapat menjimatkan duit bila beli sekali je resepi tapi boleh ulang masak berkali-kali di rumah dengan resepi tersebut daripada nak beli brownies di kedai bakeri. Boleh simpan duit lebihan untuk perkara dan keutamaan lain seperti bayar bil, yuran sekolah anak, barang rumah dan sebagainya.

Ada consultation

Lepas cuba baking, jika ada yang tak menjadi boleh terus tanya untuk minta nasihat apa yang silap yang boleh diperbaiki supaya next time boleh improve. Tidak lost sehingga masakan yang dibuat tak menjadi. Dapat lebih nilai dan lebih berbaloi dengan bayaran yang dibuat.

Resepi bisnes

Rasa bangga sebab anda sendiri dapat kuasai teknik dan rahsia yang selama ini menjadi tips kejayaan pada brownies ticer Ain yang sentiasa berkedut dan sedap rasanya kerana kini anda boleh hasilkannya sendiri di rumah tanpa tertanya-tanya lagi cara buatnya kerana semua Ticer Ain telah bongkarkan.

Boleh ulang tayang video

Jadi setiap kali student nak baking, dia boleh rujuk video malah, boleh letak video di sebelah buat brownies sambil ikut step yang diajar, rasa seperti ada cikgu di sebelah yang sedang mengajar. Akhirnya dapat biasakan diri dengan resepi sehingga sampai tahap mahir.

Belajar secara santai hanya dari rumah

Jimat masa dan wang tak perlu tinggalkan anak-anak, drive jauh2, bayar minyak kereta dan parking semata-mata untuk pergi belajar ke kelas masakan, dengan satu klik dah boleh belajar memasak.

Ada support group

Lagi mudah nak refer dan buat perbandingan dengan hasil kawan-kawan dan dapat tips dari mereka, kita pun boleh berkongsi hasil brownies kita dan dapatkan feedback dari kawan untuk improvekan lagi. Menjadi platform untuk saling berkenalan dengan baker lain dan bertanya soalan.